Hanya yang terbaik untuk anda!

‘Masih boleh niaga seperti biasa’

Pengusaha kedai makan atau restoran di negeri Kelantan boleh meneruskan aktiviti perniagaan mereka seperti biasa, kata Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, ini kerana, arahan penutupan sementara kedai makan pada jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri masih di peringkat awal.

“Arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu kepada pihak pengurusan, belum sampai ke bawah.

“Belum ada arahan lagi kepada peniaga, PBT pun tak keluarkan apa-apa arahan lagi kepada peniaga. Masih boleh niaga seperti biasa.

“Kecuali apabila ada arahan daripada PBT, ” katanya kepada media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas arahan penutupan sementara kedai makan dan restoran bagi menggalakkan orang ramai menunaikan solat sunat tarawih berjemaah di masjid.

Notis arahan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri pada Isnin lalu supaya PBT menguatkuasakan arahan tersebut.

Sementara itu, Mohd Amar berkata, pihaknya menghormati pandangan pelbagai pihak yang menyatakan pendapat dalam isu tersebut.

Namun katanya, perkara itu perlu dilihat secara positif serta mempunyai kebaikan dan keburukan.

“Kita menghormati pandangan yang dilontarkan tetapi kita perlu lihat perkara ini secara positif, tak sepatutnya jadi isu.

“Perkara ini tak perlu jadi isu kerana baru di peringkat pentadbiran. Saya rasa isu ini tak perlu disensasi dan polemik,” katanya.

Tambah beliau, sama ada arahan tersebut akan dikuat kuasa atau tidak akan ditentukan oleh pihak PBT di masa akan datang.

Ini kerana katanya, PBT akan melihat pelbagai aspek termasuk melibatkan undang-undang sebelum pelaksanaannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: