Hanya yang terbaik untuk anda!

Rafizi nak hadiahkan duit saman NFC untuk biasiswa pelajar

Rafizi Ramli berkata akan menghadiahkan wang bayaran kes saman fitnah yang telah dibayarnya pada 2017 kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan pengerusinya berjumlah RM300,000 sebagai biasiswa pelajar.

“Semua bayaran selain kos guaman yang diarahkan oleh mahkamah akan dipulangkan kepada rakyat dalam bentuk hadiah pendidikan kepada pelajar cemerlang universiti dari berpendapatan rendah (sebanyak RM5,000 seorang) dan pelajar cemerlang Tingkatan 5 dari berpendapatan rendah (sebanyak RM500 seorang).

“Pemenang hadiah pendidikan akan dipilih dari kalangan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa yang cemerlang dalam bidang masing-masing walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah,” kata pada suatu kenyataan hari ini.

Hal ini susulan Mahkamah Rayuan pagi tadi yang membenarkan permohonan Rafizi berhubung perintah yang dikeluarkan mahkamah tinggi terdahulu supaya beliau membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada NFC dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail dan kos RM50,000 setiap satu kepada kedua-duanya.

“Saya baru dimaklumkan oleh peguam mengenai keputusan Mahkamah Rayuan pagi tadi yang membenarkan rayuan saya dalam kes saman berhubung NFC.

“Saya juga sedia maklum bahawa Yang Arif Hakim-Hakim telah mengarahkan Salleh Ismail sebagai plaintif memulangkan kembali sejumlah RM300,000 yang telah saya bayar kepada beliau sebelum ini, di samping membayar RM110,000 lagi sebagai kos guaman.

“Saya pasti plaintif (NFC, Salleh) akan membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dalam masa yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan dan jumlah yang diarahkan tidak perlu dibayar sehingga selepas selesai kes di Mahkamah Persekutuan.

“Jika ada pembayaran, jumlah tersebut akan disimpan oleh peguam di dalam akaun amanah sehingga kes ini selesai di peringkat Mahkamah Persekutuan,” katanya lagi.

Hasil sumbangan biaya ramai

Menurut Rafizi, sekiranya NFC membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan dan keputusan mahkamah hari ini masih kekal maka jumlah wang saman yang telah dibayar itu akan dipulangkan kembali kepada sumbernya, orang ramai.

“Sekiranya saya kekal menang di peringkat Mahkamah Persekutuan, saya tidak akan mengambil satu sen pun dari apa jua jumlah yang dianugerahkan oleh mahkamah akibat kes NFC ini.

“Jumlah RM300,000 yang dibayar kepada Salleh Ismail adalah hasil sumbangan biaya orang ramai (“crowdfunding”) dalam bulan Julai 2017,” katanya.

Rafizi sebelum ini membuat rayuan berhubung perintah membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada NFC dan Salleh dan kos RM50,000 setiap satu kepada kedua-duanya.

Ini berikutan pendedahan Rafizi mengenai syarikat berkenaan dan Salleh.

NFC dan Salleh juga menyaman Malaysiakini bersama-sama Rafizi tetapi menggugurkan kesnya terhadap portal berita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: