Hanya yang terbaik untuk anda!

RM2.19 Juta peruntukan MAIWP untuk 40 NGO Islam akan diselaras Yadim

Lebih RM2juta peruntukan diserahkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada 40 badan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia, hari ini.

Program penyampaian pembiayaan anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu dilaksanakan untuk membiayai program dan aktiviti tahunan bagi tahun 2019 yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal pada 29 Mac yang lalu.

Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz, berkata, NGO yang dipilih automatik menjadi sebahagian rakan strategi bersama Yadim dan Maiwp untuk melaksanakan tugas dan peranan dengan baik sehingga mencapai sasaran perkembangan negara yang positif.

“Kita harap NGO dapat lakukan tugas dengan baik dan kita diperingkat Yadim akan selia sebaik mungkin disamping berharap ketelusan dapat sampai ke sasaran sehingga memberi perkembangan positif untuk tahun akan datang.

“Daripada 100 permohonan yang diterima, Maiwp telah menyenaraikan hanya 40 NGO yang terpilih sebagai rakan strategi yang akan membantu Yadim menyebarkan dakwah melalui program-program dari pihak NGO itu sendiri.

“Selepas enam bulan bermula dari tempoh pemilihan, kita akan hantar laporan fasa pertama kepada Maiwp untuk menyemak pergerakan NGO ini dan jawatankuasa penilaian sudah pun ditubuhkan di peringkat Yadim untuk memantau gerak kerja badan ngo ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dana kepada badan bukan kerajaan di Hotel Putra Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut menambah, penyampaian bantuan berupa dana kepada NGO Islam ini diharap dapat membantu Yadim dan Maiwp mengorak langkah untuk berdakwah menyampaikan amanah Allah kepada masyarakat Islam.

Sementara itu, Pengerusi Maiwp, Datuk Seri Syed Hussein Abdul Kadir, mengalu-alukan kerjasama yang erat dengan Yadim dalam usaha mengimarahkan Islam di bumi Malaysia.

Katanya, peruntukan kepada pihak NGO turut akan dinaikkan pada tahun hadapan jika mereka benar-benar aktif menjalankan program-program dakwah berkesan melalui jawatankuasa penilaian yang ditubuhkan Yadim.

“Saya juga ingatkan pada NGO yang terpilih supaya hendaklah mereka menyokong kerajaan hari ini dan bukan menyokong parti politik.

“Saya juga berharap pihak Maiwp dan Yadim sendiri dapat menyantuni para selebriti supaya mesej dakwah dapat disampaikan secara meluas oleh kerana para selebriti merupakan model ikutan orang ramai,”ujarnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: