Hanya yang terbaik untuk anda!

Zaharudin: Kalau ada cuba simpan bawah karpet, saya lawan

Menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad menyambut baik langkah parti itu yang mengarahkan agar ahli parti tidak membincangkan isu dalaman parti secara terbuka.

Bagaimanapun, Zaharudin yang mendedahkan berhubung kewujudan “kartel dedak” dalam PAS menegaskan bahawa dia akan melawan sekiranya ada usaha pihak tertentu untuk menyembunyikan isu berbangkit tanpa sebarang tindakan.

“Alhamdulillah…Paling kurang kes ini dapat bawa ke jawatankuasa tatatertib dan disiplin.

“Semoga dapat diselesaikan secara tertutup. Tetapi jika ada usaha untuk simpan bawah karpet, Insya-Allah saya akan lawan,” tulisnya di Facebook, petang tadi sambil memuat naik salinan arahan dikeluar parti itu.

PAS hari ini mengeluarkan perintah larangan terhadap semua ahlinya daripada membawa, membincang dan membahasakan sebarang isu membabitkan urusan parti di media mahupun media sosial.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan mengingatkan ahli partinya agar menyampaikan sebarang pandangan, pendapat, cadangan mahupun kritikan melalui saluran parti pelbagai peringkat.

Takiyuddin berkata perintah larangan itu berkuat kuasa serta merta.

Sebelum ini, Zaharudin membangkitkan isu “kartel dedak”, yang dipercayai merujuk kepada kumpulan dalam PAS yang didakwa menerima wang daripada pihak tertentu.

Tanpa menyebutkan nama sebenar, Zaharudin turut mendedahkan lima ahli dalam kumpulan berkenaan.

Zaharudin mendakwa pendedahannya berhubung isu dedak mendapat restu Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun Abdul Hadi ketika ditemui media semalam, menafikan dakwaan menantunya itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: