Hanya yang terbaik untuk anda!

Isu LGBT: Anwar Ibrahim bidas George Clooney

Presiden PKR Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya agar Malaysia tidak tunduk kepada tekanan antarabangsa berkaitan isu LGBT.

“Kita perlu bebas, dan membuat keputusan apa yang terbaik untuk negara kita, mewakili aspirasi rakyat kita sendiri,” katanya kepada pemberita dalam majlis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor, hari ini.

Jelas Anwar, meskipun Malaysia perlu mengambil kita pandangan komuniti antarabangsa, mereka tidak mempunyai hak bagi memberi tekanan.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pelakon Hollywood George Clooney yang menyatakan bahawa Malaysia dan Indonesia mempertimbangkan hukuman mati untuk golongan homoseksual seperti dilaksanakan Brunei.

The Star sebelum ini memetik Anwar mengakui bahawa ada isu berkenaan mempunyai kaitan dengan kemanusiaan dan hak asasi manusia.

Namun, kata beliau: “Tetapi untuk mencadangkan bahawa Amerika atau negara lain memberi tekanan kepada terma kita, untuk kita mematuhi, saya tidak rasa kita boleh mentadbir (negara) seperti itu.

“Kita perlu sedar bahawa kita mempunyai sistem sendiri dan kepimpinan bebas untuk mempertahankan kehendak negara dan rakyat.

“Mereka boleh beri cadangan, tapi, kita tidak perlu tunduk kepada tekanannya.

“Kita perlu sentiasa mempertahankan negara kita dan tidak perlu berasa tertekan dengan reaksi orang luar,” tambahnya.

Semalam, Timbalan Menteri Luar Negara, Marzuki Yahya mengingatkan bahawa Clooney perlu lebih waspada dengan kenyataannya.

Clooney sebelum ini menyeru untuk memboikot hotel-hotel mewah yang dimiliki oleh Brunei, sejak kerajaan negara itu mempertahankan pelaksanaan hukuman mati untuk homoseksual.

Clooney mendakwa boikot Brunei adalah satu “tembakan amaran” kepada Indonesia dan juga Malaysia.

Di Malaysia tiada undang-undang terhadap homoseksual, tetapi, seks di luar tabii dianggap sebagai jenayah di bawah kanun keseksaan.

Anwar sendiri telah dituduh berkaitan liwat, tetapi dibebaskan selepas pengampunan diraja selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum yang lalu.

Presiden PKR itu sentiasa menegaskan bahawa tuduhan ke atasnya termasuk pertuduhan liwat yang pada tahun 1999, direka oleh seteru politiknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: