Hanya yang terbaik untuk anda!

Malaysia sah dikeluarkan dari senarai Statut Rom

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa, semalam.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata sehubungan itu, Malaysia dikeluarkan daripada senarai Negara Pihak kepada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Katanya, penarikan balik penyertaan Malaysia ke triti itu berkuat kuasa 29 April lalu.

“Ia adalah tarikh kerajaan Malaysia mengemukakan surat penarikan balik penyertaan Malaysia ke Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa kepada Setiausaha Agung PBB, selaku depositori bagi triti itu.

“Makluman mengenai pengesahan itu telah dimuat naik di laman sesawang PBB pada awal pagi, hari ini (waktu Malaysia),”katanya.

Pada 6 April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Kabinet memutuskan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana kekeliruan yang timbul dalam masyarakat serta disebabkan cubaan pihak tertentu untuk mengheret institusi Raja menentang kerajaan.

Ketika mengumumkan keputusan itu, Dr Mahathir berkata ada pihak menjadikan keputusan Malaysia menerima statut itu sebagai isu politik untuk memberi gambaran buruk terhadap kerajaan, khususnya beliau selaku Perdana Menteri.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang ditubuhkan pada 2002 dan ditadbir mengikut Statut Rom adalah mahkamah jenayah antarabangsa pertama berasaskan perjanjian, bertujuan menamatkan kekebalan terhadap pelaku jenayah paling serius yang membabitkan pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang serta jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: