Hanya yang terbaik untuk anda!

20 masjid di Parlimen Teluk Intan Terima Sumbangan Wakil Rakyat DAP

Sebanyak 20 masjid di kawasan Parlimen Teluk Intan masing-masing menerima sumbangan RM2,000 bagi menjalankan aktiviti pada bulan Ramadan dan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sumbangan itu yang kesemuanya berjumlah RM40,000 diumumkankan oleh Anggota Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama anggota kariah Masjid As-Saadah, Kampung Bahagia, Teluk Intan Jumaat malam.

Nga yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan media di sini hari ini berkata masjid yang menerima sumbangan itu ialah Masjid As-Saadah; Surau Diri Jumaat Hidayatul Islamiah; Masjid Daerah Sultan Idris Shah II; Masjid India Muslim; Masjidun Naim; Masjid Nurul Hijrah; Masjidut Taqwa; Masjid As Saadah; Masjid Al Hairiah; Masjid Jamek Kampung Batak Rabit; Masjid Abdul Salam Al Mas’ud.

Turut menerima sumbangan ialah Masjid Taman Desa Bakti; Surau Diri Jumaat Alyahyawiah; Masjid Al-Maidah; Masjid Jamek Kampung Ayer Hitam; Masjid Jamek Kampung Bharu Changkat Jong; Masjid Annur; Masjid Ahmad Saifudin Iskandar; Masjid Jamek Ladang Ulu Bernam; Masjid Shamsul Maarif.

Pada majlis berbuka puasa itu, Nga turut menyampaikan bantuan berupa beg prihatin yang mengandungi pelbagai barangan keperluan makanan termasuk beras dan sardin kepada 10 keluarga.

Terdahulu, Nga yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP menyantuni masyarakat di Bazar OCBC Teluk Intan dan turut menderma untuk membantu penubuhan surau di kawasan itu.

Beliau turut menziarahi Pengerusi Masjid An-Naim, Abdul Rahman Abdul Razak, 73, yang dimasukkan ke wad Hospital Anson Bay kerana sakit tua.

Nga mula mengenali Abdul Rahman sewaktu pihak masjid berkenaan ingin mendapatkan peruntukan bagi tujuan membaik pulih rumah ibadat itu.

Pemberian bantuan kepada masjid dan umat Islam bukan asing kepada Nga kerana beliau baru-baru ini mengumumkan pemberian peruntukan RM1.6 juta bagi projek Masjid Al-Taqwa di Kampung Padang Tembak Teluk Intan dan RM150,000 kepada Masjid An-Naim di Taman Seri Setia Teluk Intan bagi tujuan membaik pulih serta menaik taraf kedua-dua masjid tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: