Hanya yang terbaik untuk anda!

Laporan: K’jaan boleh jana RM416 juta lelong tanah 1MDB

Kerajaan dilaporkan bakal menjana RM416 juta daripada penjualan tanah 1MDB di Pulau Indah, Klang, yang berkeluasan 318 ekar.

Menurut laporan The Edge yang memetik sumber, tanah itu berstatus zon perdagangan bebas dan pembeli akan diberikan pajakan 99 tahun.

Harga tanah itu belum ditetapkan tetapi “kerajaan berhasrat mendapat lebih RM30 per kaki persegi”, kata sumber itu lagi seperti dipetik.

Kata laporan itu lagi, proses bidaan untuk tanah itu akan dibuat secara dua peringkat.

Firma hartanah CBRE | WTW telah dilantik sebagai agen pemasaran eksklusif bagi penjualan tanah tersebut.

1MDB membeli tanah itu daripada Tadmex Resource Bhd pada 2014. Pemimpin DAP Tony Pua ketika itu mendakwa ia dibeli dengan harga lebih tinggi daripada sepatutnya.

Timbalan Menteri Kewangan ketika itu Chua Tee Yong menafikannya dan berkata harga RM20.80 per kaki persegi adalah wajar.

Bagaimanapun dakwaannya bahawa pembelian itu melalui RM540 juta pinjaman daripada Export-Import Bank of Malaysia (Exim) bertentangan dengan kenyataan seorang lagi timbalan menteri kewangan ketika itu, Ahmad Maslan yang berkata wang tersebut diguna untuk penyelenggaraan pusat jana kuasa dan operasi melibatkan eksport tenaga.

1MDB cuba menjual tanah itu pada 2015 tetapi tiada laporan berkenaan perkembangannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: