Hanya yang terbaik untuk anda!

Raikan Non Muslim Dekati Masjid – KM Melaka

AYER KEROH: Semua masjid di negeri ini harus ‘membuka pintu’ kepada masyarakat bukan Islam termasuk pelancong asing bagi mengenali lebih dekat dan menghayati nilai murni keindahan Islam.

Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata sebagai negeri pelancongan tersohor, masjid di Melaka tidak harus berfungsi sebagai rumah ibadat umat Islam semata-mata, sebaliknya perlu dibuka untuk dilawati oleh masyarakat bukan Islam kerana agama itu merentasi kepelbagaian kaum.

“Sebab itu lawatan masyarakat bukan Islam khususnya pelancong ke masjid, tidak harus terhad di Masjid Selat semata-mata tetapi masjid lain juga boleh berperanan sama bagi membolehkan dakwah Islam dikembangkan.

“Saya percaya, masyarakat bukan Islam akan lebih terbuka dan memahami konsep agama ini termasuk melalui penterjemah dan sukarelawan masjid. Pada masa yang sama, masjid juga patut menghulurkan sumbangan yang sama kepada masyarakat bukan Islam yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Melaka 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

KETUA Menteri, Adly Zahari berucap pada Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Melaka 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Yang hadir sama, Pengerusi Hidayah Centre Foundation negeri Melaka, Zazali Buang; Ketua Jabatan Latihan dan Outreach Hidayah Centre Foundation Malaysia, Abdul Ghafar Muhamad Sharif dan Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) negeri Melaka, Ahmad Zamri Mohamad.

Dalam pada itu, Adly yang juga Pengerusi Majlis Islam Melaka (MAIM), berkata kira-kira 1,800 mualaf direkodkan Balai Islam MAIM memeluk Islam di negeri itu sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

“Sehubungan itu, peranan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Hidayah Centre Foundation, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Melaka, IKRAM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berupaya mengembangkan akidah Islam, selain membawa mesej Islam sebagai rahmat untuk semua,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Adly berkata dalam kegembiraan meraikan saudara baharu yang memeluk Islam, jangan sesekali lupa tanggungjawab menjaga kebajikan golongan itu yang memerlukan perhatian.

“Saya difahamkan ada dalam kalangan mereka yang menghadapi saat sukar selepas memeluk Islam seperti dibuang keluarga, disisih rakan-rakan, hilang pekerjaan dan sebagainya. Banyak cabaran dan liku dihadapi mereka, yang mungkin tidak disedari oleh masyarakat.

“Justeru, kita mestilah berperanan untuk mengambil berat dan melihat kebajikan mereka dengan sebaik mungkin,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: