Hanya yang terbaik untuk anda!

Isu Tukar Tanah : SPRM dijangka panggil Zahid, Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil dua bekas Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung 14 kes pertukaran tanah di Kementerian Pertahanan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki, berkata siasatan kes itu baru sahaja dimulakan badan penguatkuasaan itu dan beberapa aspek sedang diteliti serta diperincikan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya sudah menerima dua laporan iaitu daripada pejabat Kementerian Pertahanan dan Hishammuddin sendiri.

“Pejabat kementerian membuat laporan kepada kita beberapa bulan lalu dan kita masih meneliti termasuklah laporan audit yang dibekalkan kepada kita.

“Laporan oleh Hishammuddin pula dibuat minggu lalu oleh wakilnya tetapi bahagian saya masih belum mendapat laporan penuh lagi.

“Berdasarkan laporan-laporan ini, pihak kami akan melihat semua perkara berkaitan kesalahan rasuah yang di bawah bidang kami,” katanya selepas majlis penutup Latihan Anti Rasuah untuk Suruhanjaya Anti Rasuah Kebangsaan (ONACC) Thailand yang kali pertama diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

Zahid dilantik sebagai Menteri Pertahanan dari 2009 hingga 2013, sebelum Hishammuddin menggantikannya mulai 16 Mei 2013 hingga Mei 2018.

Minggu lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, dilaporkan berkata, laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek land swap Kementerian Pertahanan sebelum ini, mendapati wujud campur tangan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Pertahanan dalam 13 daripada 16 projek dijalankan, namun beliau tidak menyebut sebarang nama.

Ekoran itu, kerajaan kerugian lebih RM500 juta membabitkan tanah milik kementerian itu sejak 1997.

Dalam perkembangan lain, Azam menjelaskan, pihaknya sudah membuka 70 kertas siasatan terhadap kes rasuah membabitkan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang disiasat melindungi pemandu lori, yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan berlebihan di sekitar negeri itu.

“Kami menjangkakan selepas Aidilfitri ini akan ada beberapa kes itu akan didakwa di Mahkamah kerana ketika ini kita sedang menyiapkan siasatan itu untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP),” katanya.

Menyentuh mengenai siasatan kes rasuah projek pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara bernilai lebih RM17 juta, Azam berkata, kes itu sebenarnya masih di peringkat permulaan kerana lebih ramai saksi akan dipanggil memberi keterangan.

Selain itu, berkaitan projek pembangunan di Taman Rimba Kiara (TRK), Azam menafikan pihaknya tidak bertindak kerana siasatan sudah dilaksanakan, namun katanya, pegawai penyiasat sudah diarahkan untuk mendapatkan maklumat baharu dan menyerahkan hasil siasatan itu kepada DPP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: