Hanya yang terbaik untuk anda!

UMNO akui ada syor gugurkan pemimpin yang didakwa di mahkamah

KOTA BHARU: UMNO mengakui terdapat cadangan untuk meminda perlembagaan parti supaya mana-mana pemimpinnya yang didakwa di mahkamah digugurkan jawatan.

Bagaimanapun, Setiausaha Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata cadangan itu masih di peringkat awal dan memerlukan perbincangan terlebih dahulu di pelbagai peringkat termasuk majlis tertinggi.

Beliau berkata, UMNO sudah membentuk satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi mengumpul semua pandangan berkaitan cadangan itu.

“Saya tidak nafikan syor ini ada tapi bukan itu saya, ia membabitkan banyak perkara. Buat masa ini UMNO sudah mempunyai peraturan bagi sesiapa yang dijatuhkan hukuman di mahkamah misalnya akan dilucutkan jawatan.

“Barangkali syor ini untuk melengkapkan lagi tapi buat masa ini tiada lagi keputusan dan kena bincang. Proses masih panjang dan (mungkin) lima bulan lagi.

“Baru-baru ini, jawatankuasa terbabit sudah kemukakan hasil yang dikutip tapi perkara ini perlu dibincangkan terlebih dahulu di pelbagai peringkat termasuk majlis tertinggi, kemudian baru ada syor muktamad,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, syor itu kemudian akan dibawa balik pula ke peringkat Bahagian dan mereka semua akan dipanggil ke mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Beliau diminta mengulas laporan satu portal mengenai UMNO dijangka melakukan pindaan pada salah satu fasal dalam perlembagaannya pada November ini melalui EGM.

Menurut portal itu yang memetik sumber berkata, jika cadangan berkenaan diterima ia boleh membawa kepada pengguguran jawatan beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kata sumber itu, peruntukan yang dicadangkan untuk dipinda ialah fasal 9.9 yang akan melucutkan jawatan parti bagi seseorang yang didakwa di mahkamah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: