Hanya yang terbaik untuk anda!

Kementerian Kewangan peruntukan RM1.42 bilion untuk fasa kedua BSH

PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan memperincikan nilai bayaran fasa kedua Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 membabitkan peruntukan RM1.42 bilion yang dibayar mulai hari ini mengikut kategori.

Bayaran bagi fasa kedua itu memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima serta 3.23 juta anak mereka berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak kurang upaya (OKU) yang tiada had umur.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan, hari ini berkata, bagi penerima bantuan asas BSH 2019 yang pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima RM300 bagi fasa kedua, manakala pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 menerima RM150 dan mereka berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM100.

Secara keseluruhan, penerima bantuan asas BSH 2019 yang pendapatan isi rumah bawah RM2,000 akan menerima RM1,000 bagi tiga fasa, termasuk RM300 bagi fasa pertama yang telah dibayar sebelum ini.

Penerima dengan pendapatan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000 menerima RM750 bagi ketiga-tiga fasa, termasuk RM300 bagi fasa pertama yang sudah dibayar sebelum ini, manakala mereka berpendapatan RM3,001 hingga RM4,000 menerima RM500 untuk semua fasa.

“Bagi permohonan baharu yang tidak menerima bayaran fasa pertama sebanyak RM300, bayaran berkenaan akan disekalikan dalam pembayaran fasa 2 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2019,” kata kenyataan itu.

Menurut Kementerian Kewangan, kadar tambahan sebanyak RM120 juga diberikan bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada empat anak) kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka.

Kata kenyataan itu, bayaran kadar tambahan ini akan dibuat secara sekali gus pada pembayaran fasa 2 BSH 2019.

“Secara ringkasnya, sebagai contoh sekiranya Encik Ali berpendapatan di bawah RM2,000 dan mempunyai empat anak yang layak, beliau akan menerima RM1,480 dengan pembayaran sebanyak RM300 pada fasa pertama (Januari 2019), RM780 pada fasa kedua (Mei 2019) dan RM400 pada fasa ketiga (Ogos 2019).

“Bayaran BSH ini adalah lebih bersasar apabila turut mengambil kira bilangan anak yang layak dalam sebuah keluarga,” katanya.

Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, Kementerian Kewangan berkata, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai 2019 hingga 15 Ogos 2019.

“Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada yang tidak layak masih diberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepadabsh@treasury.gov.my,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: