Solat sunat Istisqa mohon hujan

AYER KEROH 28 Mei – Seluruh masjid di Melaka diharap dapat mengadakan solat sunat Istisqa Jumaat ini sebagai ikthiar memohon pada Allah SWT menurunkan hujan di negeri ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Wahab berkata, ia berikutan negeri ini berhadapan musim kemarau dan cuaca panas membimbangkan.
Menurutnya, ia juga sebagai usaha membantu mengurangkan kerisauan penduduk di sini yang terpaksa berhadapan catuan air 15 Jun ini jika keadaan ini berterusan.
“Kita mohon pada Allah SWT dan berdoa agar Melaka hujan untuk mengatasi penyusutan empangan air khususnya di Durian Tunggal yang kini hanya tinggal 40 peratus kapasiti.
“Pada masa sama, saya minta rakyat supaya berjimat-cermat menggunakan air. Jangan membazir dan segera laporkan jika terdapat kejadian paip pecah,” katanya dalam satu kenyaataan.
Beliau juga berharap, inisiatif dilakukan dapat membantu mengelakkan catuan air dilaksanankan lebih-lebih lagi pada musim perayaan.
Leave a Reply