Hanya yang terbaik untuk anda!

Najib Jaguh media sosial kecut di Dewan Rakyat

Pemimpin pembangkang, Najib Razak bukanlah jenis orang yang berani.

Bekas perdana menteri itu hanya berani “menembak curi” menggunakan akaun media sosial, akan tetapi tidak berani berdepan dengan musuh-musuh politiknya.

Sejak menghancurkan BN yang diasaskan bapanya, Abdul Razak Hussein dengan kekalahan gabungan itu di tangan Pakatan Harapan pada 9 Mei, 2018, sudah beberapa kali sidang Dewan Rakyat berlangsung.

Akan tetapi, Najib tidak menggunakan peluang yang ada di Dewan Rakyat untuk menjelaskan pendiriannya. Beliau lebih berani di Facebook, Twitter dan Instagram.

Berbeza dengan ketika Anwar Ibrahim menjadi ketua pembangkang dahulu.

Anwar akan menggunakan segala ruang yang ada di Dewan Rakyat untuk berdebat dan mempersoalkan tindakan-tindakan kerajaan pada ketika itu yang dirasakan tidak baik untuk negara.

Fenomena “penakut” ini bukan sahaja melanda Najib. Ia turut menjangkiti pemimpin kanan Umno yang lain termasuk Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, Mohamed Nazri Aziz dan ramai lagi.

Mereka ini juga tidak berani berdebat dengan pemimpin kerajaan di Dewan Rakyat.

Cuba imbas kembali sejarah ketika pemimpin-pemimpin Umno ini berkuasa dahulu. Karektor mereka amat berbeza berbanding sekarang.

Nasib baiklah Umno masih mempunyai pemimpin-pemimpin yang berani seperti Ismail Sabri, Mahdzir Khalid, Noh Omar dan Bung Mokhtar Radin.

Walaupun hujah-hujah yang dilontarkan tidaklah begitu berkualiti, sekurang-kurangnya ruang demokrasi dihidupkan.

Tidak perlu layan Najib

Lim Kit Siang melakukan kesilapan besar apabila melayan dan bersetuju untuk berdebat dengan Najib.

Beliau sepatutnya lebih memahami ke mana Najib mahu membawa “isu debat” ini.

Debat ini akan menjadi debat antara Melayu-Cina.

Sekiranya terjadi, sudah pasti Najib akan berjaya terus menipu rakyat dan naratif “PH menindas Melayu” ciptaan penulis blog upahannya berjaya.

Nasib baiklah Lim berani untuk menarik diri.

Biarlah dikecam “pencacai-pencacai” Najib, sekurang-kurangnya “semarak api perkauman” dapat dipadamkan.

Untuk mendepani Najib, PH bolehlah menugaskan pemimpin-pemimpin Pemuda untuk menguruskannya.

Ahli-ahli Parlimen muda seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Fahmi Fadzil, Akmal Nasir dan ramai lagi boleh dihantar untuk berdebat dengan Najib, sekiranya pemimpin pembangkang itu benar-benar berani berdebat.

Yang lebih baik, PH tidak perlu membuang masa untuk melayan Najib. Biarlah Najib ketawa sebelum dia melangkah ke “penjara”.

Lagipun, Najib ini jenis manusia yang “terkejut” apabila wang masuk ke dalam akaun dia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: