Hanya yang terbaik untuk anda!

Bekas CEO 1MDB arah tubuh Ihsan Perdana

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Hilmi, yang mengarahkan Syarikat Ihsan Perdana ditubuhkan.

Perkara itu dimaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, oleh bekas Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, pada prosiding perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Hilmi. – Foto Mohd Yusni Ariffin

Ketika sesi soal balas oleh peguam Harvinderjit Singh, Dr Shamsul berkata Najib tidak memberi arahan kepada beliau untuk menubuhkan IPSB, sebaliknya ia diterima daripada Shahrol.

Harvinderjit: Arahan untuk menubuhkan Ihsan Perdana datang daripada Shahrol dan bukannya Najib?

Dr Shamsul: Ya

Harvinderjit: Beliau menjelaskan bahawa penubuhan IPSB adalah untuk mengelakkan percanggahan konflik?

Dr Shamsul: Ya, kerana sukar untuk memindahkan wang ke Ihsan Perdana bagi tujuan program tanggung jawab sosial korporat (CSR) dan pembayaran kepada kontraktor.

Pada prosiding perbicaraan sebelum ini, Dr Shamsul Anwar memberitahu mahkamah, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif 1MDB di bahagian CSR sekitar Oktober 2010 sehingga 25 Julai 2011 selepas disyorkan oleh Najib dan dipersetujui Lembaga Pengarah 1MDB bagi memudahkan pelaksanaan kerja CSR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: