Hanya yang terbaik untuk anda!

Bos Ihsan Perdana: Nik Faisal beritahu RM143 juta dari SRC

Pengarah Urusan Ihsan Perdana Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata dia hanya sedar SRC International Sdn Bhd memindahkan RM143 juta ke akaun syarikatnya selepas siasatan pihak berkuasa.

Ketika pemeriksaan balas dengan peguam Harvinderjit Singh, saksi ke-37 perbicaraan itu berkata perkara itu diberitahu oleh pengarah SRC International ketika itu, Nik Faisal Ariff Kamil.

“Kami tidak tahu dari mana duit itu datang. Kami fikir ia daripada funder (1MDB dan Yayasan Rakyat 1Malaysia, YR1M).

“Nik Faisal tak beritahu saya (wang) datang dari SRC sehinggalah saya dapat tahu dari media… Jadi (selepas) tempoh reman saya, dia beritahu ia datang dari SRC.

“Perbualan (kami) pendek dan ringkas,” katanya.

Shamsul yang merupakan seorang doktor perubatan ditahan reman pada Julai 2015. Sebelum ini dia merupakan pengarah yang menjaga soal tanggungjawab sosial korporat 1MDB.

Dia diarahkan untuk menubuhkan sebuah lagi syarikat – yang kemudian menjadi Ihsan Perdana – dan menganggap syarikat itu menerima dana daripada 1MDB dan YR1M.

SRC International ditubuhkan pada 2011 sebagai subsidiari 1MDB.

Syarikat itu kemudian mendapat pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP), yang sepatutnya digunakan untuk pelaburan dalam industri strategik.

Bekas perdana menteri Najib Razak berdepan dakwaan menerima suapan RM42 juta untuk membantu mendapatkan jaminan kerajaan terhadap pinjaman tersebut.

Ketika itu Najib menjadi pengerusi lembaga penasihat 1MDB yang memiliki kuasa eksekutif. Artikel 117 (c) Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat menyatakan persetujuan perdana menteri diperlukan bagi “sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan)”.

Najib juga pengerusi YR1M ketika itu.

Dalam keterangannya hari ini, Shamsul berkata setelah Ihsan Perdana menerima RM143 juta, dia “dipaksa” menandatangani cek berikut:

  • 28 cek berjumlah RM73 juta kepada Mail Global Resources Sdn Bhd
  • Cek kepada individu bernama Razli Talib dan Razlan Shah, berjumlah RM3 juta
  • Cek untuk bank akaun bawah nama Najib berjumlah RM42 juta

Ketika memberi keterangan pada 15 Mei lalu, Shamsul berkata jika dia tahu RM42 juta itu mahu dipindahkan ke akaun Najib, dia tidak akan meluluskan transaksi itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: