Hanya yang terbaik untuk anda!

Cadangan jawatan tetap guru KAFA akan dibentangkan ke Kabinet

Cadangan lantikan guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke dalam skim perjawatan tetap dijangka akan dibentangkan ke Kabinet sebelum akhir Julai ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

“Semalam saya telah meneliti perkembangan kertas Kabinet tersebut dan saya ada beri lagi input selain perlu mengemaskini beberapa perkara… harap ia dapat dibentangkan hujung Julai ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Waqaf Al-Quds di Masjid Wilayah Persekutuan, hari ini.

Fuziah berharap perkara ini dapat diselesaikan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Dianggarkan terdapat 31,460 orang guru KAFA bertaraf kontrak berkhidmat di 5,609 premis KAFA seluruh negara ketika ini.

Mengenai Program Waqaf Al-Quds yang bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat Palestin sekali gus mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa, Fuziah berkata tabung waqaf akan diwujudkan di 100 masjid sekitar Wilayah Persekutuan dengan sasaran kutipan kira-kira RM6,000 bagi setiap masjid.

“Hasil kutipan sumbangan tersebut akan digunakan untuk tujuan sosial, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan penyelenggaraan Masjid Al-Aqsa.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: