Hanya yang terbaik untuk anda!

Konsep Rahmah Elak Politik Kebencian Disemai segelintir golongan agama

Segenap lapisan rakyat perlu menghayati konsep rahmah yang mengutamakan toleransi, keamanan dan keadilan yang menjadi asas dalam hubungan Islam dengan manusia lain.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, masyarakat perlu mengelak fahaman politik kebencian antara satu sama lain yang hanya merugikan semua pihak.

“Sebahagian masyarakat kita terutama golongan agama membawa politik kebencian seolah-olah fahaman atau ideologi mereka sahaja yang betul.

“Inilah yang mencetuskan perbalahan di Syria dan Yaman kerana masing-masing mengatakan mereka di pihak yang benar,” ujarnya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian dalam rakaman video temubual bebas baru-baru ini yang kemudiannya dimuat naik di Facebook beliau.

Menurutnya, konsep rahmah di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) ini mengajak kita untuk saling mengasihi dan hormat-menghormati.

Hal ini, jelasnya, sejajar dengan peringatan Allah bahawa manusia dijadikan pelbagai bangsa dan warna kulit untuk saling mengenali dan bukannya berbalah satu sama lain.

“Malangnya di Malaysia sehingga hari ini, rakyat masih ditiupkan sentimen keagamaan dan perkauman yang sempit.

“Kalau sebelum PRU-14, berbangkit isu kononnya Malaysia akan dikuasai oleh orang kafir. Melayu kononnya berhadapan dengan kafir harbi dan orang dan Cina.

“Kalau sebelum ini, isu-isu kaum dibangkitkan oleh golongan nasionalis tetapi pada masa ini disuarakan pula oleh golongan agama untuk mencetuskan suasana kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Habis pilihan raya, masih kedengaran isu-isu ini dibangkitkan oleh golongan agama.
Ini sangat berbahaya. Kalau tidak dikawal sebaiknya maka ia mencetuskan keadaan yang tidak stabil dalam negara kita,” tegasnya.

Sehubungan itu, Mahfuz mengingatkan pertumpahan darah dengan sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala 200 lagi cedera dalam rusuhan di Jakarta baru-baru ini tidak mustahil boleh berlaku di Malaysia.

“Kita kena ingat kalau sentimen kaum dan agama sempit berterusan ditiup di Malaysia, maka rusuhan berdarah di Indonesia akan mempengaruhi situasi politik di negara kita.

“Apakah kita mahu wujudnya pergaduhan dan pertumpahan darah antara sesama agama bahkan kaum berbeza dengan kita? Mari kita bina negara ini,” tegasnya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: