Hanya yang terbaik untuk anda!

‘Najib begitu terkejut dia pecat AG, TPM’ – peguam

Peguam Shahredzan Johan secara sinis membidas keterangan seorang saksi yang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Najib Razak begitu terkejut dan sedih apabila diberitahu bahawa wang RM42 juta telah dipindahkan ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu.

“Dia terkejut dan sedih pada tahun 2015 apabila SPRM menjalankan siasatan.

“Begitu terkejut dan sedih sehingga dia menukar peguam negara, memecat timbalannya, menteri-menteri kanan dan mengganggu SPRM. Mengejutkan. Sedih,” ciapnya di Twitter.

Syahredzan, yang adalah pembantu kepada veteran DAP Lim Kit Siang, turut menegaskan bahawa Najib tidak mengarahkan laporan polis dibuat meskipun terkejut dengan perkara itu.

Awal hari ini, Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Dr Shamsul Anwar Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa walaupun kelihatan terkejut, Najib tidak mengarahkannya untuk membuat sebarang laporan polis atau SPRM mengenai transaksi itu.

Shamsul berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh TPP Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi semasa perbicaraan kes Najib.

Bekas perdana menteri itu berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC International yang berjumlah RM42 juta.

Najib: Kenapa ini jadi berita utama?

Sementara itu, Najib meluahkan rasa tidak puas hatinya di Facebook untuk mengadu tentang Malaysiakini dan media-media lain yang memaparkan kenyataan bahawa beliau tidak mengarahkan Shamsul untuk membuat laporan.

“Saya tak pasti kenapa ini menjadi tajuk berita utama… Saksi telah direman empat hari oleh SPRM untuk kes SRC. Saksi dilepaskan apabila tempoh reman tamat.

“Saksi (kemudian) datang jumpa saya untuk beri penjelasan tentang SRC. Adakah saksi sepatutnya pulang ke SPRM untuk membuat laporan tentang kes SRC sama yang dia baru dilepaskan dari reman?

“Banyak lagi berita boleh dijadikan tajuk berita utama sensasi seperti dilaporkan oleh Malaysiakini. Tapi tidak, tajuk berita yang tak masuk akal digunakan pula,” katanya.

Pada Julai 2015, Abdul Gani Patail digugurkan sebagai peguam negara dan digantikan dengan Mohamed Apandi Ali, yang kemudiannya membebaskan Najib daripada sebarang salah laku berhubung dana SRC yang berada dalam akaunnya.

Alasan rasmi bagi menukar peguam negara baru adalah faktor kesihatan Gani.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun lalu berkata Gani sedang mempersiapkan kertas dakwaan terhadap Najib berhubung skandal 1MDB apabila dia disingkirkan.

Semasa penyingkirannya, Gani sedang mengetuai pasukan petugas khas yang menyiasat dana RM2.6 bilion di akaun Najib, yang didakwa sebagai sumbangan derma dari kerabat diraja Arab Saudi.

Najib juga memecat Muhyiddin Yassin, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri, dan Mohd Shafie Apdal dari kabinetnya kerana pandangan kritikal mereka mengenai 1MDB pada bulan Julai 2015.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: