Hanya yang terbaik untuk anda!

Najib terkejut, sedih bila tahu ada orang masuk duit ke akaun peribadi, kata saksi

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan reaksi terkejut dan sedih apabila mengetahui ada seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaun peribadinya.

Pengarah Urusan Ihsan Perdana Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, 58, berkata Najib bagaimanapun tidak menyuruhnya membuat laporan polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata Najib menunjukkan reaksi itu ketika beliau pergi menemui Anggota Parlimen Pekan itu di kediamannya di Langgak Duta, di sini, selepas ditahan reman oleh SPRM pada 2015.

Saksi pendakwaan ke-37 itu memberitahu demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi pada perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh tuduhan berhubung dana SRC International Sdn Bhd yang masuk hari ke-20, hari ini.

Muhammad Saifuddin : Selepas kena reman, Datuk ada jumpa Najib

Dr Shamsul Anwar : Ya

Muhammad Saifuddin : Datuk kata dia (Najib) terkejut, sedih apabila tahu ada seseorang telah memasukkan duit dalam akaun, ada dia kata pada Datuk suruh buat laporan polis atau laporan pada SPRM

Dr Shamsul Anwar : Tidak

Sementara itu semasa diperiksa balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi itu berkata bekas perdana menteri itu terkejut apabila diberitahu mengenai pemindahan wang ke dalam akaun beliau itu.

Muhammad Shafee: Bagaimana reaksi dia

Dr Shamsul Anwar: Dia terkejut dan sedih… dia berkata seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaunnya… dan dia kata dia tidak tahu-menahu langsung mengenai transaksi kewangan itu. Kenapa transaksi dilakukan menerusi syarikat saya (Ihsan Perdana).

Muhammad Shafee: Tindakan dia itu tulus atau hanya “lakonan” seperti seorang pelakon

Dr Shamsul Anwar: Tindakan dia itu tulus.

Muhammad Shafee: Jika kamu tahu bahawa itu akaun Najib adakah kamu tidak akan memindahkan wang itu

Dr Shamsul Anwar: Ya.

Muhammad Shafee: Kamu juga boleh ke rumah atau pejabat dia untuk bertanya mengenai projek-projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu

Dr Shamsul Anwar: Ya. dan juga menerusi SMS dan WhatsApp.

Muhammad Shafee: Kamu sangat selesa dengan Najib

Dr Shamsul Anwar : Ya

Beliau menambah bahawa kebanyakan program CSR di bawah Ihsan Perdana adalah daripada idea Najib dan dia tulus mahu membantu mengatasi kesusahan rakyat.

Najib, 66, dituduh dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: