Hanya yang terbaik untuk anda!

Saksi: Walau terkejut, Najib tidak minta saya buat laporan polis, SPRM

Najib Razak tidak meminta rakan-rakannya untuk membuat laporan walaupun diberitahu bahawa seseorang secara tidak sengaja memindahkan RM42 juta ke akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu,

Dalam keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd, Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata Najib dikatakan terkejut dan sedih apabila mengetahui RM42 juta dipindahkan dari akaun Ihsan Perdana ke akaun AmIslamic miliknya.

Walau bagaimanapun, semasa disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, saksi itu berkata, walaupun kelihatan terkejut dengan berita berkenaan, bekas perdana menteri tidak mengarahkannya untuk membuat sebarang laporan.

Shamsul, saksi ke-37, memberi keterangan dalam perbicaraan hari ke-20 melibatkan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan RM42 juta dana anak syarikat bekas 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Saifuddin: Selepas kena reman, Datuk ada jumpa Najib?

Shamsul: Ya, ada.

Saifuddin: Datuk kata dia (Najib) terkejut, sedih apabila tahu ada seseorang telah memasukkan duit dalam akaun, ada dia kata pada Datuk suruh buat laporan polis atau laporan pada SPRM?

Shamsul: Tidak.

Beliau juga berkata, semua program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan Ihsan Perdana adalah idea Najib sendiri. Menurutnya, Najib ikhlas untuk mengurangkan beban dan penderitaan rakyat.

Shamsul juga mengakui beliau sangat rapat dengan bekas perdana menteri itu dan mereka selalu berjumpa empat atau lima kali setahun dan kerap menghubungi melalui panggilan telefon atau WhatsApp.

Sementara itu ketika menjawab soalan balas oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, Shamsul pertemuannya dengan Najib berlangsung di kediamannya di Langgak Duta selepas beliau dibebaskan daripada reman.

Shafee: Bagaimana reaksi dia?

Shamsul: Dia terkejut dan sedih… dia berkata seseorang telah memasukkan wang ke dalam akaunnya… dan dia kata dia tidak tahu-menahu langsung mengenai transaksi kewangan itu. Kenapa transaksi dilakukan menerusi syarikat saya (Ihsan Perdana).

Shafee: Tindakan dia itu tulus atau hanya “lakonan” seperti seorang pelakon?

Shamsul: Tindakan dia itu tulus.

Shafee: Jika kamu tahu bahawa itu akaun Najib adakah kamu tidak akan memindahkan wang itu?

Shamsul: Ya.

Shafee: Kamu juga boleh ke rumah atau pejabat dia untuk bertanya mengenai projek-projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu?

Shamsul: Ya. dan juga menerusi SMS dan WhatsApp.

Shafee: Kamu sangat selesa dengan Najib?

Shamsul: Ya.

Pengarah Urusan Ihsan Perdana itu ditahan reman selama lima hari pada tahun 2015 bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: