Hanya yang terbaik untuk anda!

Saya akan hubungi Najib jika tahu RM42 juta masuk akaunnya – Dr Shamsul Anwar

Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB), Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman, menegaskan, beliau sudah pasti akan menghubungi Datuk Seri Najib Razak untuk meminta penjelasan jika mengetahui wang berjumlah RM42 juta dipindahkan ke dua akaun Ambank milik bekas Perdana Menteri itu.

Saksi ke-37 pendakwaan itu, berkata ia adalah kerana beliau mempunyai hubungan komunikasi terus dan boleh menghubungi Najib untuk bertanyakan mengenai apa-apa isu.

Menjawab soalan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib pada sesi soal balas, Dr Shamsul Anwar berkata beliau tidak mengetahui bahawa akaun AmPrivate Banking -1MY dan AmPrivate Banking – MY dengan nombor akaun berakhir 880 dan 906 adalah milik Najib.

Harvinderjit: Kamu ada komunikasi langsung dengan Najib dan boleh tanya apa-apa isu?

Saksi: Ya

Harvinderjit: Ada kamu tanya mengenai keseluruhan isu ini (mengapa RM42 juta dimasukkan dalam akaun peribadinya)?

Saksi: Tiada

Harvinderjit: Jika kamu tahu kedua-dua akaun itu adalah milik Najib, kamu akan menghubunginya terus?

Saksi: Ya, saya akan menghubungi beliau dan akan mendapatkan penjelasan.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Shamsul Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi, beliau tidak akan mengarahkan pembayaran RM42 juta itu jika mengetahui dua akaun terbabit adalah milik Najib.

Katanya, ketika membuat arahan bagi pembayaran itu pada 26 Disember 2014 dan 9 Februari 2015, beliau tidak mengetahui bahawa pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun Ahli Parlimen Pekan itu.

Saksi itu turut memberitahu mahkamah, IPSB sebelum itu sudah diberitahu bahawa ia akan ‘dipinjam’ untuk menyimpan sejumlah wang yang akan dimasukkan ke dalam akaunnya secara transit sebelum dipindah keluar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: