Hanya yang terbaik untuk anda!

Agong Nasihat Peneroka Sabar Hadapi Kejatuhan Harga komoditi

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah menasihatkan peneroka Felda untuk bersabar dalam menghadapi kemelut kejatuhan harga komoditi itu.

Baginda bertitah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri sedang berusaha untuk mencari alternatif bagi meningkatkan sumber hasil peneroka, yang terkesan ekoran harga komoditi itu adalah berdasarkan kepada keadaan ekonomi dunia.

“Saya dapat merasai kedudukan masyarakat di Felda. Saya percaya dan yakin jika semua pihak ada pemikiran yang positif, hati yang sabar dan beri kepercayaan kepada kerajaan baru untuk membetulkan kekurangan yang ada dengan secepat dan sebaik mungkin.

“Harga kelapa sawit ini tidak tertakluk kepada kerajaan semata-mata tetapi tertakluk kepada ekonomi global. Tapi ia tak bermakna kita harus berpeluk dada kerana kita harus mencari jalan dan inisiatif baru.

“Semua pihak harus berusaha supaya dapat mengembalikan semula identiti, status dan kesejahteraan penduduk Felda seperti sedia kala dan kalau boleh, lebih baik daripada sebelumnya,” titah baginda di Maran, hari ini.

Sultan Abdullah bertitah demikian selepas berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Rakyat Daerah Maran di Masjid Jamek Felda Jengka 5 hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr Sallehuddin Ishak, Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman dan barisan kepimpinan kerajaan Pahang.

Sultan Abdullah dalam ucapannya juga menzahirkan terima kasih kepada semua rakyat yang sudi mengadakan sembahyang hajat kepada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (semasa gering) dan mendoakan Almarhum.

“Tiada kata yang dapat saya balas..Terima kasih saya ucapkan mewakili keluarga saya untuk semua,” titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah supaya rakyat mengambil kesempatan untuk merayakan Aidilfitri dengan semangat silaturahim yang baik dan melupakan perbezaan yang ada termasuk perbezaan politik.

Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: