Hanya yang terbaik untuk anda!

Harus orang bukan Islam diwakilkan terima, agih zakat, kata Mufti

Dari sudut hukum feqah harus bagi orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau pun mengagihkan zakat kepada golongan asnaf (boleh rujuk tentang syarat-syarat wakalah).

Demikian dinyatakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor dalam kenyataan beliau.

Menurutnya lagi, kekeliruan tentang isu yang tular dalam media sosial kini berkaitan zakat yang diagihkan kepada golongan asnaf oleh beberapa wakil rakyat bukan Islam di Pulau Pinang perlu diperjelaskan.

Malah katanya, ini hanya yang berkaitan dengan mu’amalat dan ibadat Maliyah seperti zakat, nazar dan kafarah.

Namun begitu ujarnya, bagi ibadat yang berbentuk fizikal (ibadat Badaniyah) seperti solat dan puasa, ia tidak harus diwakilkan kepada orang lain, samada Muslim atau Non-Muslim untuk melakukannya bagi oihak seseorang,

“Zakat Pulau Pinang (ZPP) hanyalah menyalurkan zakat menerusi pelbagai pihak termasuk menerusi wakil rakyat Muslim dan Non Muslim untuk disampaikan kepada golongan asnaf.

“Asal tidak diselewengkan, pada pandangan saya, tidak perlu dijadikan isu.

“Sebagai Mufti saya ingin menyeru umat Islam supaya tidak membesarkan perkara remeh-temeh seperti ini, sebaiknya perlu lebih menumpukan perhatian kepada hal-hal yang lebih penting bagi memacu pembangunan ekonomi dan pendidikan umat Islam agar mencapai

kedudukan yang lebih tinggi dan setanding dengan kaum-kaum lain, ” jelasnya lagi.

Pada Ahad yang lalu, Adun Pulau Tikus, Chris Lee telah hadir bagi mengagihkan bantuan zakat kepada golongan asnaf di kawasan beliau.

Namun begitu ia telah mendapat pelbagai komen dan krtikan termasuk Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan tindakan Adun Pulau Tikus tersebut sebagai lakonan kerana ia merupakan urusan umat Islam serta tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan bukan Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: