Hanya yang terbaik untuk anda!

PDRM dan SKMM diminta siasat hantaran di media sosial memfitnah Mujahid

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kubang Kerian, Abdullah Zawawi Wahab, merasa kesal dan terkilan dengan hantaran di media sosial dan penyebaran gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa oleh pemilik Facebook Shamshul Faisal Abdul Wahab.

Hantaran tersebut menggambarkan seolah-olah Dr Mujahid merayakan dan mengambil bahagian dalam perayaan Thaipusam serta mengamalkan pluralisme dalam beragama.

Sehubungan itu beliau ditemani oleh Setiausaha Pemuda PH Kubang Kerian, Azmi Hafez dan Ketua Pemuda AMANAH Pasir Tumboh Mohd Aisam telah membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.

“Penularan paparan ini ternyata berniat jahat dan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama dan menjatuhkan maruah YB Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa sekali gus merosakkan imej Kerajaan PH yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kebebasan bersuara yang diberikan oleh Kerajaan PH tidak bererti pembangkang dan penyokong-penyokongnya mempunyai hak untuk memfitnah dan mengadu domba sehingga memecahbelahkan keharmonian antara kaum di negara Malaysia tercinta ini,” kata Abdullah Zazawi dalam satu kenyataan semalam.

Beliau memohon kerjasama pihak PDRM dan SKMM untuk menyiasat perkara ini dengan segera.

Beliau juga menggesa agar pemilik FB ini diheret kemuka pengadilan bagi memberikan pengajaran kepada warga maya dan juga orang lain supaya berhati-hati dalam menyebarkan apa-apa jua gambar, artikel dan pautan DAN tidak sesekali memfitnah, mengedit secara negatif atau mewujudkan salah tafsir terhadap mana-mana YB Menteri secara khususnya dan Kerajaan PH secara amnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: