Hanya yang terbaik untuk anda!

Bukan 41 saja, ada banyak lagi terima dana 1MDB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan beberapa entiti lain akan difailkan permohonan melucut hak bagi mendapatkan semula wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disalah guna.

Ketika ini, SPRM sudah memfailkan permohonan melucut hak terhadap 41 individu dan entiti bagi tujuan mendapatkan semula wang 1MDB yang disalah guna.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata akan ada beberapa pihak lain yang dipanggil serta difailkan pelucutan hak mengikut Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001.

“SPRM ketika ini dalam proses mendapatkan kembali wang yang mahu dikembalikan dan ada lagi yang akan diumumkan kemudian.

“Malah jika ada sebab serta merit tertentu yang kita akan panggil, kita akan lakukan,” katanya kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur.

Permohonan yang difailkan SPRM minggu lalu itu bagi mendapatkan semula wang berjumlah lebih RM270 juta yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Individu dan entititi berkenaan termasuklah bahagian UMNO, Parti Rakyat Bersatu Sabah, MCA, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan beberapa yayasan dan syarikat.

Azam turut berkata, kelab media di Pulau Pinang yang didedahkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, semalam yang turut menerima dana 1MDB juga akan dipanggil.

Dalam perkembangan sama, Azam menjelaskan, terdapat responden yang dinamakan SPRM sudah menghubungi peguam bagi tujuan pemulangan semula wang itu.

“Ada syarikat melalui peguam menghubungi SPRM untuk melaksanakan pemulangan itu. Berapa banyak syarikat yang berbuat demikian… saya tidak boleh dedahkan tetapi ada beberapalah,” katanya.

Mengulas mengenai penafian yang dilakukan beberapa responden, Azam berkata, mereka boleh mencabar perkara itu di mahkamah untuk tindakan lanjut.

“Seperti yang dikatakan oleh Ketua Pesuruhjaya kami, sekiranya mereka mahu mencabar mereka boleh melakukannya di mahkamah dengan bukti mereka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: