Hanya yang terbaik untuk anda!

Undang-undang isytihar harta tak adil – Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan usul mewajibkan anggota parlimen mengisytiharkan harta masing-masing.

Kata Najib, sebagai anggota parlimen, mereka juga mempunyai pendapatan bukan bersumberkan daripada elaun sebagai wakil rakyat semata-mata.

“Kita (pembangkang) bukan anggota badan eksekutif. Sebagai ahli parlimen, dan kita ada badan-badan lain yang boleh siasat, sekiranya ada apa-apa kesalahan.

“Kalau kita isytihar harta daripada punca pendapatan bukan sumber ahli parlimen, misalnya kalau kita seorang peguam, atau arkitek, kita ada punca daripada sumber-sumber lain.

“Jadi kalau sumber lain itu masuk dalam satu akaun kemudian isytihar sebagai aset, jadi tidak adil, sebab dia (isytihar) berpunca daripada pendapatan sebagai ahli parlimen,” katanya, ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan, juga bersetuju dengan kebimbangan perisytiharan harta itu akan memberikan risiko keselamatan kepada mana-mana anggota parlimen.

“Macam-macam boleh berlaku, dari segi keselamatan dan sebagainya,” kata Najib, lagi.

Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan usul sebulat suara supaya semua ahli parlimen, daripada kerajaan dan pembangkang wajib mengisytiharkan harta mereka, isteri, dan anak-anak kepada speaker Dewan Rakyat.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga berkata anggota parlimen mereka sedia untuk mengisytiharkan harta mereka, kerana berpegang teguh pada prinsip membasmi rasuah.

Beliau sehari sebelum itu berkata, terdapat hadis tidak menggalakkan perisytiharan harta, berikutan kebimbangan atas faktor keselamatan.

PAS katanya bagaimanapun kecewa kerana usul itu tidak membawa ruang lingkup yang lebih besar, seperti menggubal akta khusus untuk tujuan itu.

Beliau berkata, kebimbangan yang timbul adalah perisytiharan itu akan didedahkan kepada umum yang berkemungkinan memberikan risiko kepada ahli Parlimen dan keluarga mereka.

Amalan sebelum ini katanya, anggota parlimen hanya perlu mengisytiharkan harta mereka secara bersendiri kepada pemimpin parti masing-masing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: