Hanya yang terbaik untuk anda!

ADUN Sungai Rambai dan bekas kerani mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai dan seorang bekas kerani Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) mengaku tidak bersalah atas 34 pertuduhan pecah amanah dana Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjumlah RM318,400 dua tahun lalu.


Tertuduh, Datuk Hasan Abd. Rahman, 57, dan Khuzaimah Abdullah, 34, yang masing-masing dihadapkan dengan 34 pertuduhan membuat pengakuan itu sejurus dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.


Berdasarkan kesemua pertuduhan terhadap Hasan, tertuduh yang telah diamanahkan ke atas peruntukan NBOS 2016 untuk negeri Melaka bagi Projek Tanaman Jagung, Tanaman Pisang dan Sayuran – Gantian Cili dan Ternakan Rusa didakwa telah melakukan pecah amanah dengan menandatangani 34 keping cek berjumlah keseluruhan RM318, 400.


Kesemua pembayaran itu bagaimanapun tidak diterima oleh penerima projek tersebut. Mengikut pertuduhan kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di pejabat Japerun, Kompleks Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai, Jasin antara 20 Februari 2017 hingga 17 Januari 2018.
Sementara itu, Khuzaimah didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan Hasan untuk melakukan jenayah pecah amanah dana NBOS bagi projek-projek tersebut pada tempat dan masa yang sama.


Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan dengan Khuzaimah dibaca bersama Seksyen 109 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan hendaklah dikenakan denda.


Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun mencadangkan jaminan sebanyak RM50, 000 setiap seorang dan meminta passport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah. Hasan diwakili Peguam Hamidi Mohd. Noh dan Mohd. Haziq Razali manakala Khuzaimah diwakili Peguam Ahmad Faiq Azizan dan Muhammad Nor Izzat Nordin.


Mohd Nasir kemudian membenarkan kedua-dua mereka dijamin sebanyak RM50, 000 setiap seorang dan mengarahkan passport mereka diserahkan kepada mahkamah. Beliau  menetapkan tarikh 20 Ogos sebagai sebutan semula kes.
BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: