Hanya yang terbaik untuk anda!

Ku Li terkejut pelantikan Najib

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini, menzahirkan rasa terkejut dengan pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), kerana tidak dimaklumkan lebih awal.

Namun susulan pelantikan itu, beliau memuji bekas Presiden Umno itu disebabkan beberapa faktor.

“Sebagai bekas Pengerusi BN dan pernah mengetuai Umno, saya lihat beliau mempunyai banyak pengalaman.

“Sesiapa sahaja juga boleh membantu memulihkan Umno termasuk orang yang bukan ahli Umno,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li mengulas demikian di lobi Parlimen, hari ini ketika ditanya pemberita berhubung pelantikan Ahli Parlimen Pekan itu sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Ketika ditanya wartawan adakah pelantikan Najib dilihat sebagai satu liabiliti kerana bekas Perdana Menteri itu sedang menghadapi beberapa pertuduhan rasuah, Ku Li menyangkal perkara itu.

“Saya tidak fikir pelantikan Najib menjadi liabiliti, semua orang boleh bagi pandangan dan kita tengoklah ianya liabiliti atau tidak.

“Tetapi, bagi kita semua pandangan dan nasihat itu bernilai dan berharga. Jadi, kita akan gunakan pandangan itu sebaik mungkin untuk membantu parti Umno,” katanya.

Najib dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat BN pada mesyuarat tersebut di ibu pejabat parti di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan berkata, Najib akan menjalankan tugas membantu BN dalam usaha untuk mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Basic HTML is allowed. Your email address will not be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

%d bloggers like this: